Pada suatu malam, seorang rakan pemandu teksi Pak Long telah menerima seorang penumpang yang ingin pulang ke Kuala Lumpur . Waktu itu kira-kira jam 11 malam. Tanpa menolak rezeki, pemandu teksi itu terima dan menghantar penumpangnya ke Kuala Lumpur.
Dipendekkan cerita, pada pukul 3 pagi, dalam perjalanan pulang ke Melaka, berhampiran dengan plaza tol Ayer Keroh Melaka, rakan Pak Long ternampak seorang lelaki muda yang melambai² seperti inginkan teksi itu berhenti. Terlintas pula dalam fikirannya teringatkan kisah hantu tanpa kepala lalu dia pun tak berhenti. Sambil melihat cermin "rear view" dia perasan yang pemuda itu berkepala dan berasa serba salah kerana tak berhenti. Mungkin pemuda itu benar² dalam kesusahan. Lalu dia hentikan teksinya lebih kurang 200m ke hadapan dan reverse menuju ke arah pemuda itu.
Sampainya ke tempat pemuda itu berdiri, dia turunkan tingkapnya dan pemuda itu dengan muka senyum tunduk dan tanyakan "Kenapa tak berhenti siang² tadi bang?" Pemandu pun jawab, "Maaflah dik, Abang ingat hantu tanpa kepala tadi " Dengan ketawa, pemuda tu pun jawab, "Hahahaha apalah abang… Takde kepala???? MCM NI!!!!!???" (dia cabut kepalanya dan letakkan atas dashboard) Rakan Pak Long pengsan hingga ke pagi.. Setahu saya kisah ini benar berlaku.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar